Kerjaya antarabangsa Eric Gerets

Gerets telah mengumpul sebanyak 86 kaps untuk pasukan kebangsaan Belgium, membuatkan beliau sebagai pemain ketiga mengumpul kaps terbanyak dalam sejarah bola sepak Belgium. Beliau membuat debut untuk pasukan kebangsaan pada 1975 dan telah bermain pada empat kejohanan utama iaitu: Euro 1980, Piala Dunia 1982, Piala Dunia 1986 dan Piala Dunia 1990.

Pada Euro 1980, Gerets menjaringkan gol pembukaan ke atas Sepanyol dan menyaksikan Belgium menjadi juara kunmpulan dan layak ke pusingan seterusnya selepas menang 2-1. Belgium layak ke perlawanan akhir sebelum tewas 1-2 kepada pasukan Jerman Barat hasil jaringan Hrubesch.

Pada Piala Dunia 1982, Gerets mengetuai skuad Belgium pada aksi di Sepanyol. Belgium menang 1-0 ke atas juara bertahan, Argentina/ Empat tahun kemudian, Belgium secara mengejutnya menang ke atas Soviet yang mempunyai pemain terkenal seperti Igor Belanov dan Rinat Dasayev dengan jaringan 3-4 selepas masa tambahan. Belgium juga mengalahkan Sepanyol pada perlawanan suku akhir pada penentuan penalti. Belgium akhirnya tewas kepada Argentina, 2-0 dan menduduki tempat keempat Piala Dunia selepas tewas kepada Perancis.

Gerets juga mengetuai pasukannya ke Piala Dunia 1990. Belgium bermain dengan baik sebelum tewas kepada England pada pusingan kedua.

Gol antarabangsa

#TarikhLokasiPasukan lawanSkorKeputusanKejohanan
115 Jun 1980Milan, Itali Sepanyol1–02–1Euro 1980
214 Oktober 1986Bandar Luxembourg, Luxembourg Luxembourg0–10–6Kelayakan Euro 1988
315 Februari 1989Lisbon, Portugal Portugal1–11–1Kelayakan Piala Dunia 1990